3
Komen

Kerana Cinta


Hari ni rasa macam nak jiwang menjiwang sikit
Kalau tak sikit, banyak pun ok jugak =) hehe
moga kamu terus tersenyum ..



Jika satu dunia ini membenci kamu
aku ada untuk setia menemani kamu ..

Jika hati kamu keras untuk menerima aku
izinkan aku untuk cuba melembutkan kamu ..

Jika kamu menangis kerana mereka
aku ada untuk membuat kamu kembali senyum ..

Andai kenangan silam menjadi semangat kamu
hari ini, aku ingin menjadi kenyataan di sisi kamu ..

Andai semalam kau melihat aku tanpa kata
hari ini, aku cuba membuat kau terus berkata kata ..



Untuk yang berkasih .. hati ini ikhlas menerima kamu, cinta ini tak kan pernah hilang walau berbagai peristiwa telah kau dan aku tempuh, sedikit pun aku tak merasakan ianya satu beban selagi kau masih bersama. Sungguh aku terharu, bersorak riang kerana aku bernilai di mata kamu, menjadi tempat kau curah segala rasa hati.. 

Pelamin impian bukan satu kisah dongeng, aku tak impikan "pelamin ku musnah" . Apatah lagi, cerita terhenti tanpa penghujung yang bahagia .. Kerana hati aku tetap ada untuk kamu ..





~SiLaLaH bACa (-_*)~

1
Komen

Masa Lalu Tetap Berlalu



Jika kamu berada di pagi hari, janganlah kamu menunggu petang mendatang dalam sekelip mata. Cukuplah hari ini sebagai hidupmu. Tidak akan ada hari kelmarin untuk kali kedua buat kamu, baik buruknya selamam, lepas kan lah ia pergi ~

Mengingati masa lalu , kemudian terlalu asyik berinteraksi dengannya dan bersedih hati atas masa lalu merupakan sesuatu hal yang menyerlah kan kebodohan dirimu. Kerana ia akan mematikkan keinginan serta menghancurkan kehidupan kamu saat ini.




Tiada siapa yang memerhatikan apa yang telah tertutup dengan jangka masa yang lama, jangan terlalu menoleh kebelakang sehingga kamu tidak lagi memandang jalan yang ada di depan mu.. 

Janganlah kamu hidup dalam kepedihan masa lalu, janganlah kamu terus terpaku pada bayang bayang silam. Selamatkan diri mu dari perangkap masa lalu. Kerana matahari tetap bersilih ganti dengan rembulan. Kau tak akan keseorangan.


Hari esok tetap ada untuk kau aku dan dia





~SiLaLaH bACa (-_*)~

3
Komen

Harapan Tahun Akhir




Pratusan keseluruhan keputusan aku selama dua tahun dekat sini, inilah saat yang amat menyedihkan. Memang tak di nafikan subjek killer sem lepas salah satu faktor kawan2 aku yang lain semua 'jatuh' termasuklah aku sekali. 

Dengan rasa rendah dirinya aku tak kan biarkan kejadian macam ni berulang lagi, tak sanggup aku nak kecewakan mak ayah yang bersusah payah sara aku untuk belajar, tak mungkin aku gagal untuk ke sekian kalinya .. Insyaallah .. Moga di permudahkan segala urusan, amin ..

Hanya tinggal setahun aku kat sini, pejam celik pejam celik, dah senior rupanya ! haha.. Untuk masa depan, dah tak boleh main2 sekarang ni. Ini bukan azam kosong, tapi akan aku buktikan ia bakal jadi kenyataan kelak.


Buat kawan2 yang masaih berjalar, best of luck untuk korang semua. moga bertemu di lain tajuk =)




~SiLaLaH bACa (-_*)~

0
Komen

macam mana mata memandang....


lepas mghrib tadi aku kuar la umah.. nk beli magie.. mase aku lalu kt pekan tu, aku tenampak la sorang pakcik ni... lengkap berkopiah,baju melayu ngn kain pelekat..

alhamdulillah, aku tgk die keluar dari kedai runcit dengan 2 beg plastik.. ni la contoh suami misali.. x lupe tanggungjawab kat rumah..

tapi,aku terkejut betul bile aku nmpak pakcik tu pergi kedai sebelahnye pulak... kedai MAGNUM... kedai nombor ekor.. aku ngan kawan aku mengucap panjang... tak sangga, pakcik yang tadi kami puji last2 buat cam tu.. berjudi terang2 haram disisi agama kita. namun kenapa seseorang yang menampilkan luaran yang baik berkelakuan begitu?.. aku x ley salahkan orang lain, sepatutnya aku kene tegur die dan perbetulkan diri aku juga.. namun, aku sebagai umat Islam, terasa juga la dengan kelakuan pakcik tu..

aku harap kisah ini dapat jadi pengajaran kepada kita untuk menjadi lebih baik...

sekian...
~SiLaLaH bACa (-_*)~

3
Komen

cincin punye pasal..






Hari ini aku nak cerite somethng. Bg aku best..hehehehe... Ada orang kate aku dah kahwin..ngee~

Mase aku kt kedai mak aku tgh hari td, ada sorang budak tu panggil aku pakcik..hehehe.. Aku tegur la die ckp yg aku ni belom kahwin, mude lagi.. Budak tu cakap aku tipu die. Aku tanye la “nape plak adik pikir abg ni dah khwin?”. Die jawab, “dah abg tu pakai cincin,ada janggut lagi...”. hehehehe...aku punye ketawe besar sampai budak tu takut. 

Aku x pernah trfikir yg imej aku ni dh mcm bapak orang. X aku sangke. Hehehe.. Umur aku baru 22 tahun. Muda lagi, kacak n comel.. ngeee~ 

Tapi aku faham la kenapa persepsi budak tu cm tu. Mawar penah cakap yang muke aku ni garang, n kne bentuk badan aku yg macam ‘bapak orang’ dah.. hahahaha...pas ni aku nk diet la. Baru la aku boleh kekalkn imej aku yg MUDA ni..hehehe..


Sampai sekarang kalau aku ingat hal tadi, aku nk gelak je...hehehehehe.... Mawar x tahu lagi hal ni, biar dia tahu sendiri bile bace post ni.

K, sampai sini je. 

Sekian, 

Assalamualaikum semua... :)

~SiLaLaH bACa (-_*)~

3
Komen

Aurat



     Semalam aku tolong mak aku berniaga di sebuah kedai makan. Majoriti pelanggan kedai aku pelajar sebuah IPTA ni. Setiap kali mereka makan kt kedai aku, aku tengok dan memerhati je pakaian diorg. 

    Tetibe pandangan aku ni terfokus kt sorang minah ni. Muke cute, sopan je. Same mcm mawar aku. Sejuk mata memandang. Pastu aku terpandang pulak sorang minah ni.yup, pakai tudung. Tapi aku tengok keadaannya tu agak menjolok mate. 

     So, balik tu aku buka la buku aku yg lame2 tu. Aku tengok balik la ape yang berkaitan pasal aurat. Dan aku jumpe somethng..

Aurat bagi lelaki: 
     ♠        Antara pusat hingga lutut. (pakaian hendaklah longgar, tidak nipis dan tidak membentuk 
           tubuh badan)

Aurat bagi perempuan:

        Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
        Suara yang nyaring/mendayu.
        Sesuatu yang boleh menaikkan nafsu lelaki.
        Kerana tubuh perempuan menyimpan 1001 rahsia.

Pengkhususan aurat perempuan:

        Ajnabi: seluruh badan kecuali kedua tapak tangan.
        Wanita bukan Islam: seperti lelaki ajnabi.
        Golongan terdekat :diantara pusat hingga lutut. (cnth: sesama perempuan Islam)
        Suami : tiada batasan aurat.
 
Hope ini dapat membantu dan ingatkn aku dan kawan2 sekalian tentang aurat.

Sekian,

Assalamualaikum kawan2..


~SiLaLaH bACa (-_*)~

4
Komen

Bile Naik Sem...

Assalamualaikum...
 Minggu depan dh nak naik kolej. Bile naik je, sure hati ni x senang. Jantung macam nak gugur. Sebab result akan keluar. Huhuhu...berdebar2 hati ni...tp x pe,aku yakin dengan ape yg aku jawab hari tu. Sekarang just perlu tawakal jer. Usaha aku dh laksanakan dulu. Bile naik je aku ke semester baru ni, aku akan mulakan kehidupan baru aku. Duduk luar dari hostel. Hahahaha...jujur la,aku ni x sabar nak rasa hidup berdikari. Orang cakap, kalo nak duduk rumah sendiri, kene la berdikari.. kemas rumah,basuh baju, memasak...huhuhu..aku ni x tau ape pon.. tapi aku akn belajar care2 nye.. rumah yang bakal aku duduk ni mcm rumah kampung je.. ada 6 bilik,2 bilik air n tandas.. bahan pembinaan berasaskan kayu..  Kawan2 aku cakap, rumah kampung ni sejok...x panas...so aku x sabar la nak try... sebelah rumah aku tu ada kebun.. tapi agak brsemak.. masa mule2 kitorg g kt rumah tu tok bersih2 kan, aku rase mcm rumah tu brhantu je.. hahahahahaha....seram mehh....Ustaz aku ada ajar dulu, kalo nk pindah ke rumah yang dah lama x berpenghuni, kene la baca Yasin kt umah tu.. dan bersihkan mana yang patot.. rumah yang lama ditinggalkan akan didiami oleh makhluk Allah yang ghaib.. tetapi, aku juga tahu dan ingat bahawa manusialah sebaik-baik ciptaan Allah.. so,wt pe aku nk takut kepada mereka2 tu sedangkan aku tahu Allah sentiase melindungi aku..InsyAllah...hope kawan2 sekalian, doakan aku dapat hidup harmoni kat rumah baru tu n aku harap sangat ddapat belajar tok berdikari sendiri...
InsyAllah...


Ya Allah ya tuhanku, lindungilah hambaMu ini...Amin...

~SiLaLaH bACa (-_*)~