0
Komen

cuba cara baru...

assalam semua..

dah sekian lama aku x dapat bula blog ni...busy dgn tugas..lagipun aku x ada peluang untuk on9...

tapi sekarang aku dah boleh on9 kt hp..thanks android sebab bantu aku kembali berblogging...hehehe...


~SiLaLaH bACa (-_*)~

4
Komen

Pesanan *Ramadhan*




Rasulullah S.A.W Bersabda

"Aku hanya mengutuk 3 jenis manusia"

    • Orang yang tidak menjaga orang tua mereka ketika tua
    • Orang yang tidak mengambil hikmah dari bulan ramadhan yang diberkati
    • Orang yang tidak mengucapkan "salallahu alaihi wassallam"


Allah berfirman .. "Jika kamu malu terhadapku, aku akan malu terhadapmu"
Jika kamu tidak malu, sebarkan pesanan agamamu pada sahabat sekalian

Sekian dari aku ~ selamat berpuasa ~





~SiLaLaH bACa (-_*)~

3
Komen

WW :: Harapan Ramadhan




Terdampar di pinggiran pantai (~,~)
Menanti saat berakhirnya penderitaan (+.+)
Sambut dengan senyum kegembiraan (^_^)





~SiLaLaH bACa (-_*)~

7
Komen

Kenapa Kita Tutup Mata

Kenapa kita menutup mata? 
Ketika kita menangis, ketika kita tidur, ketika kita membanyangkan?
Ini kerana.. hal yang terindah di dunia tidak dapat dilihat ..


Kita semua insan yang unik
seperti uniknya hidup ini 

Ketika kita menemukan seseorang
yang keunikannya sejalan dengan kita ..
kita bergabung dengannya dan hanyut
 dalam keunikan yang sama ..
yang dinamakan cinta.

Ada pekara yang kita tidak ingin lepaskan
orang orang yang tidak ingin kita tinggalkan
Tapi ingatlah 
melepaskan bukan beerti dunia kamu berakhir
sebaliknya ia merupakan satu permulaan kehidupan yang baru.

Kebahagiaan ada untuk kamu yang telah menangis disakiti
kebahagiaan sentiada ada untuk kamu yang telah mencuba
untuk kamu yang telah mencari

Kerana kamulah yang tahu menghargai 
bertapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan kamu .. !

Izinkan dia pergi,
katakan pada diri
" Aku turut bahagia untuk kamu "



~SiLaLaH bACa (-_*)~

3
Komen

Kerana Cinta


Hari ni rasa macam nak jiwang menjiwang sikit
Kalau tak sikit, banyak pun ok jugak =) hehe
moga kamu terus tersenyum ..



Jika satu dunia ini membenci kamu
aku ada untuk setia menemani kamu ..

Jika hati kamu keras untuk menerima aku
izinkan aku untuk cuba melembutkan kamu ..

Jika kamu menangis kerana mereka
aku ada untuk membuat kamu kembali senyum ..

Andai kenangan silam menjadi semangat kamu
hari ini, aku ingin menjadi kenyataan di sisi kamu ..

Andai semalam kau melihat aku tanpa kata
hari ini, aku cuba membuat kau terus berkata kata ..



Untuk yang berkasih .. hati ini ikhlas menerima kamu, cinta ini tak kan pernah hilang walau berbagai peristiwa telah kau dan aku tempuh, sedikit pun aku tak merasakan ianya satu beban selagi kau masih bersama. Sungguh aku terharu, bersorak riang kerana aku bernilai di mata kamu, menjadi tempat kau curah segala rasa hati.. 

Pelamin impian bukan satu kisah dongeng, aku tak impikan "pelamin ku musnah" . Apatah lagi, cerita terhenti tanpa penghujung yang bahagia .. Kerana hati aku tetap ada untuk kamu ..





~SiLaLaH bACa (-_*)~

1
Komen

Masa Lalu Tetap Berlalu



Jika kamu berada di pagi hari, janganlah kamu menunggu petang mendatang dalam sekelip mata. Cukuplah hari ini sebagai hidupmu. Tidak akan ada hari kelmarin untuk kali kedua buat kamu, baik buruknya selamam, lepas kan lah ia pergi ~

Mengingati masa lalu , kemudian terlalu asyik berinteraksi dengannya dan bersedih hati atas masa lalu merupakan sesuatu hal yang menyerlah kan kebodohan dirimu. Kerana ia akan mematikkan keinginan serta menghancurkan kehidupan kamu saat ini.




Tiada siapa yang memerhatikan apa yang telah tertutup dengan jangka masa yang lama, jangan terlalu menoleh kebelakang sehingga kamu tidak lagi memandang jalan yang ada di depan mu.. 

Janganlah kamu hidup dalam kepedihan masa lalu, janganlah kamu terus terpaku pada bayang bayang silam. Selamatkan diri mu dari perangkap masa lalu. Kerana matahari tetap bersilih ganti dengan rembulan. Kau tak akan keseorangan.


Hari esok tetap ada untuk kau aku dan dia





~SiLaLaH bACa (-_*)~

3
Komen

Harapan Tahun Akhir




Pratusan keseluruhan keputusan aku selama dua tahun dekat sini, inilah saat yang amat menyedihkan. Memang tak di nafikan subjek killer sem lepas salah satu faktor kawan2 aku yang lain semua 'jatuh' termasuklah aku sekali. 

Dengan rasa rendah dirinya aku tak kan biarkan kejadian macam ni berulang lagi, tak sanggup aku nak kecewakan mak ayah yang bersusah payah sara aku untuk belajar, tak mungkin aku gagal untuk ke sekian kalinya .. Insyaallah .. Moga di permudahkan segala urusan, amin ..

Hanya tinggal setahun aku kat sini, pejam celik pejam celik, dah senior rupanya ! haha.. Untuk masa depan, dah tak boleh main2 sekarang ni. Ini bukan azam kosong, tapi akan aku buktikan ia bakal jadi kenyataan kelak.


Buat kawan2 yang masaih berjalar, best of luck untuk korang semua. moga bertemu di lain tajuk =)




~SiLaLaH bACa (-_*)~

0
Komen

macam mana mata memandang....


lepas mghrib tadi aku kuar la umah.. nk beli magie.. mase aku lalu kt pekan tu, aku tenampak la sorang pakcik ni... lengkap berkopiah,baju melayu ngn kain pelekat..

alhamdulillah, aku tgk die keluar dari kedai runcit dengan 2 beg plastik.. ni la contoh suami misali.. x lupe tanggungjawab kat rumah..

tapi,aku terkejut betul bile aku nmpak pakcik tu pergi kedai sebelahnye pulak... kedai MAGNUM... kedai nombor ekor.. aku ngan kawan aku mengucap panjang... tak sangga, pakcik yang tadi kami puji last2 buat cam tu.. berjudi terang2 haram disisi agama kita. namun kenapa seseorang yang menampilkan luaran yang baik berkelakuan begitu?.. aku x ley salahkan orang lain, sepatutnya aku kene tegur die dan perbetulkan diri aku juga.. namun, aku sebagai umat Islam, terasa juga la dengan kelakuan pakcik tu..

aku harap kisah ini dapat jadi pengajaran kepada kita untuk menjadi lebih baik...

sekian...
~SiLaLaH bACa (-_*)~

3
Komen

cincin punye pasal..






Hari ini aku nak cerite somethng. Bg aku best..hehehehe... Ada orang kate aku dah kahwin..ngee~

Mase aku kt kedai mak aku tgh hari td, ada sorang budak tu panggil aku pakcik..hehehe.. Aku tegur la die ckp yg aku ni belom kahwin, mude lagi.. Budak tu cakap aku tipu die. Aku tanye la “nape plak adik pikir abg ni dah khwin?”. Die jawab, “dah abg tu pakai cincin,ada janggut lagi...”. hehehehe...aku punye ketawe besar sampai budak tu takut. 

Aku x pernah trfikir yg imej aku ni dh mcm bapak orang. X aku sangke. Hehehe.. Umur aku baru 22 tahun. Muda lagi, kacak n comel.. ngeee~ 

Tapi aku faham la kenapa persepsi budak tu cm tu. Mawar penah cakap yang muke aku ni garang, n kne bentuk badan aku yg macam ‘bapak orang’ dah.. hahahaha...pas ni aku nk diet la. Baru la aku boleh kekalkn imej aku yg MUDA ni..hehehe..


Sampai sekarang kalau aku ingat hal tadi, aku nk gelak je...hehehehehe.... Mawar x tahu lagi hal ni, biar dia tahu sendiri bile bace post ni.

K, sampai sini je. 

Sekian, 

Assalamualaikum semua... :)

~SiLaLaH bACa (-_*)~

3
Komen

Aurat



     Semalam aku tolong mak aku berniaga di sebuah kedai makan. Majoriti pelanggan kedai aku pelajar sebuah IPTA ni. Setiap kali mereka makan kt kedai aku, aku tengok dan memerhati je pakaian diorg. 

    Tetibe pandangan aku ni terfokus kt sorang minah ni. Muke cute, sopan je. Same mcm mawar aku. Sejuk mata memandang. Pastu aku terpandang pulak sorang minah ni.yup, pakai tudung. Tapi aku tengok keadaannya tu agak menjolok mate. 

     So, balik tu aku buka la buku aku yg lame2 tu. Aku tengok balik la ape yang berkaitan pasal aurat. Dan aku jumpe somethng..

Aurat bagi lelaki: 
     ♠        Antara pusat hingga lutut. (pakaian hendaklah longgar, tidak nipis dan tidak membentuk 
           tubuh badan)

Aurat bagi perempuan:

        Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
        Suara yang nyaring/mendayu.
        Sesuatu yang boleh menaikkan nafsu lelaki.
        Kerana tubuh perempuan menyimpan 1001 rahsia.

Pengkhususan aurat perempuan:

        Ajnabi: seluruh badan kecuali kedua tapak tangan.
        Wanita bukan Islam: seperti lelaki ajnabi.
        Golongan terdekat :diantara pusat hingga lutut. (cnth: sesama perempuan Islam)
        Suami : tiada batasan aurat.
 
Hope ini dapat membantu dan ingatkn aku dan kawan2 sekalian tentang aurat.

Sekian,

Assalamualaikum kawan2..


~SiLaLaH bACa (-_*)~

4
Komen

Bile Naik Sem...

Assalamualaikum...
 Minggu depan dh nak naik kolej. Bile naik je, sure hati ni x senang. Jantung macam nak gugur. Sebab result akan keluar. Huhuhu...berdebar2 hati ni...tp x pe,aku yakin dengan ape yg aku jawab hari tu. Sekarang just perlu tawakal jer. Usaha aku dh laksanakan dulu. Bile naik je aku ke semester baru ni, aku akan mulakan kehidupan baru aku. Duduk luar dari hostel. Hahahaha...jujur la,aku ni x sabar nak rasa hidup berdikari. Orang cakap, kalo nak duduk rumah sendiri, kene la berdikari.. kemas rumah,basuh baju, memasak...huhuhu..aku ni x tau ape pon.. tapi aku akn belajar care2 nye.. rumah yang bakal aku duduk ni mcm rumah kampung je.. ada 6 bilik,2 bilik air n tandas.. bahan pembinaan berasaskan kayu..  Kawan2 aku cakap, rumah kampung ni sejok...x panas...so aku x sabar la nak try... sebelah rumah aku tu ada kebun.. tapi agak brsemak.. masa mule2 kitorg g kt rumah tu tok bersih2 kan, aku rase mcm rumah tu brhantu je.. hahahahahaha....seram mehh....Ustaz aku ada ajar dulu, kalo nk pindah ke rumah yang dah lama x berpenghuni, kene la baca Yasin kt umah tu.. dan bersihkan mana yang patot.. rumah yang lama ditinggalkan akan didiami oleh makhluk Allah yang ghaib.. tetapi, aku juga tahu dan ingat bahawa manusialah sebaik-baik ciptaan Allah.. so,wt pe aku nk takut kepada mereka2 tu sedangkan aku tahu Allah sentiase melindungi aku..InsyAllah...hope kawan2 sekalian, doakan aku dapat hidup harmoni kat rumah baru tu n aku harap sangat ddapat belajar tok berdikari sendiri...
InsyAllah...


Ya Allah ya tuhanku, lindungilah hambaMu ini...Amin...

~SiLaLaH bACa (-_*)~

3
Komen

Khazanah Warisan Dunia-Taj Mahal

TAJ MAHAL

                                        
Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983, UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

ASAL & INSPIRASI
Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal setelah kematian isterinya yang tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam kepentingan memperluaskan tanah jajahannya. Pada tahun 1631, Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal, meninggal semasa melahirkan anak keempat belas mereka, Gauhara Begum. Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya. Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta yang secara tradisi dianggap inspirasi kepada Taj Mahal. Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya. Maharaja Shah Jahan sendiri menggambarkan Taj Mahal dalam perkataan berikut:

Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.
Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agam ini,
Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
Pandangan rumah agam ini mencipta keluhan kesedihan;
Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
Di dunia ini bangunan ini telah dibina;
Bagi menggambarkan keagungan Pencipta.


Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal. Inspirasi khusus datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk; Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun, Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama, Delhi binaan Shah Jahan sendiri di Delhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan baru. 

Pengaruh

Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibena Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya senibena ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.

Pembinaan

Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad membentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.
Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.

Taman rekreasi

Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Terdapat empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang mengalir dari syurga.

Seni khat

Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.
Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

Kontraktor projek
Taj Mahal dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:
  • Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
  • (Puru dari Benarus, Parsi (Iran).
  • Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
  • Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
  • Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
  • Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua khatat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
  • Muhammad Hanif - penyelia
  • Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
  • Pengukir dari Bukhara.
  • Kaligrafi dari Syria dan Parsi.
  • Inlayer dari India Selatan.
  • Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.

Bahan binaan

Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Lanka. Kamelian dari Arab.
28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.
Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Arkitek dipancung

Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.
Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang 'sentimental' dan tidak ada bukti kezalimannya.

Sejarah

Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.
Abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata didindingnya.
Hujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan dan siap pada 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.
Ketika Perang Dunia II pada 1942 , dindingnya rosak akibat serangan udara dari tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.
Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut menerima padah dari serangan udara.
Pencemaran udara terutama hujan asid dari kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.

Mitos

Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan serupa yang di beri nama 'Taj Hitam' di seberang Sungai Jumna, Idea asalnya kononya daripada Jean-Baptiste Tavernier , seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665. Tetapi anaknya Aurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke dalam laut. Tetapi jejak eskavasi ke dalam Sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar-marmar berwarna putih sahaja.

Kontroversi

Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada ruin-ruin kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.
Penulis P.N Oak ini juga mendakwa Kaabah di Mekah adalah jelmaan dewa Shiva. Beliau turut mendakwa makam Humayun, Akbar, Vatican, Kaabah , Stonehenge adalah kuil atau istana Hindu. Semua ini timbul berikutan sentimen anti-Islam di India. Ini berikutan dari kejayaan mereka merobohkan Masjid Babri .
Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad . Beliau mendakwa Raja Hindu bernama Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masehi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah 'Tejo-Mahalaya' iaitu nama lain bagi dewa Shiva.

~SiLaLaH bACa (-_*)~

1
Komen

Walimatul urus

Assalamualaikum..

Baru-baru ini salah seorang ahli keluarga saya telah diijab kabulkan...Alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar..Perkhawinan merupakan satu tuntutan agama dan ia sebagai cara untuk mengembangkan lagi umat Islam. Sebagaimana yang telah tercatat di dalam al-Quran, yang bermaksud :


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja."                                                                                                              
                                                                                                                                              (An-Nisa: 3)..

 Ayat ini jelas menunjukkan keharusan berkahwin.  Namun begitu, lelaki hendaklah memilih dan mencari bakal isterinya dengan baik dan sesuai dengan dirinya. Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk membantu si lelaki mencari pasangan hidupnya. Seperti mana sabda Baginda S.A.W. yang bermaksud:

"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Al-Quran juga telah mengajar kita memilih pasangan yang sebaiknya dan golongan yang tidak boleh kita kahwini.

Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

Penah mendengar khabar bahawa mengahwini ahli keluarga terdekat akan menyebabkan berlakunya gangguan genetik. Menurut kajian sains, baka yang dihasilkan akan mengalami pekak mahupun lembab. Walaubagaimanapun, kita sebagai umat Islam hendaklah percaya bahawa zuriat yang dikurniakan itu merupakan rezeki dan amanah Allah kepada kita. Walauapapun keadaan zuriat kita, kita hendaklah bersyukur dan menerima seadanya dan percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
~SiLaLaH bACa (-_*)~