0
Komen

Sekian lama terpendam......

Assalam dan salam sejahtera... Sudah sekian lama aku tinggalkan blog ni...Alhamdulillah, akhirnya kembali juga...insya Allah lepas ini akan aku cuba isi halaman blog ni dengan sedikit ilmu psikologi yang aku dah pelajari disamping beberapa kisah aku selama ini...Semoga apa yang dikongsi ini memberi manfaat kepada kita semua...

Sekian,

~halaman coretan jiwa sepi~


~SiLaLaH bACa (-_*)~

6
Komen

Penat Tak Jadi Baik?


“ Awak x penat ke jadi baik? Awak x penat ke klu orang hina, permainkan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? Tak pernah sekali ke awak melawan? Apa yg awak buat ni ….?”

Izinkan aku bertanya.. penatkah menjadi baik? Izinkan aku menjawab.. Ya, sungguh ia memenatkan sekiranya kebaikan kita turut dihina .. aku juga manusia biasa. Lemah..kebaikan yang kita hulur bukanlah untuk dipandang, tapi mengapa harus kita yg menadah tangan menyambut hinaan.. bila kemaafan yg kita hulurkan, melemparkan kunci dendam nun jauh di dasar lautan, tapi mereka menuduh kita hipokrit.. adilkah  untuk hati ini?


Ketika hati kamu hancur terluka, luahkan rasa yang terpendam, jgn disimpan terlalu lama.. kelak akan membusuk dan bernanah dan kamu juga yang akan menggung derita tiada kesudahan, kerana dunia ini penjara bagi orang orang yang beriman.

Tiada siapa inginkan sesuatu yang tak elok terjadi dalam hidupnya, fikiran yang waras tetap mengimpikan suasana keindahan, tapi kadang kadang situasi trut memaksa kita menjadi seseorang yang di luar kawalan. Adunan perasaan serta di dorong angan yg tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar diramal.. Hingga kadang kadang kita sendiri benci melihat bayang bayang sendiri..!

Ingin melangkah tapi terasa bagai kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tapi ada saja alasan yg menghalang. Harus bagaimanakah?

Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut, jangan ditarik simpulan tali terlalu kuat.. kelak simpulan akan semakin sukar utk dileraikan.. jangan menggenggam rama rama terlalu kemas, kelak rama rama itu turut binasa dan terkoyak sayapnya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama. Sakit yang paling sakit adalah sakit yang diciptakan orang paling kita cinta.. Jangan di sia sia kan seumur hidup kita hanya kerna menagisi luka silam.. tidak adil dan tidak berbaloi utk kamu menghukum hati itu.

Penghujung cerita, aku tetap impikan keindahan. Walau sekadar dalam mimpi yg singkat aku tetap mahukannya!! Jangan kau iri dgn keingin ku yg satu kerana aku juga mahukan ia di sisimu ..


Memaafkan adalah penawar yg terindah ^_^


~SiLaLaH bACa (-_*)~