1
Komen

Walimatul urus

Assalamualaikum..

Baru-baru ini salah seorang ahli keluarga saya telah diijab kabulkan...Alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar..Perkhawinan merupakan satu tuntutan agama dan ia sebagai cara untuk mengembangkan lagi umat Islam. Sebagaimana yang telah tercatat di dalam al-Quran, yang bermaksud :


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja."                                                                                                              
                                                                                                                                              (An-Nisa: 3)..

 Ayat ini jelas menunjukkan keharusan berkahwin.  Namun begitu, lelaki hendaklah memilih dan mencari bakal isterinya dengan baik dan sesuai dengan dirinya. Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk membantu si lelaki mencari pasangan hidupnya. Seperti mana sabda Baginda S.A.W. yang bermaksud:

"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Al-Quran juga telah mengajar kita memilih pasangan yang sebaiknya dan golongan yang tidak boleh kita kahwini.

Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

Penah mendengar khabar bahawa mengahwini ahli keluarga terdekat akan menyebabkan berlakunya gangguan genetik. Menurut kajian sains, baka yang dihasilkan akan mengalami pekak mahupun lembab. Walaubagaimanapun, kita sebagai umat Islam hendaklah percaya bahawa zuriat yang dikurniakan itu merupakan rezeki dan amanah Allah kepada kita. Walauapapun keadaan zuriat kita, kita hendaklah bersyukur dan menerima seadanya dan percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
~SiLaLaH bACa (-_*)~

1 comments:

Mawar Hitam said...

kalo ada salah,komen la..sy pon baru belajar :)