“ Awak x penat ke jadi baik? Awak x penat ke klu orang hina,
permainkan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? Tak pernah sekali ke awak
melawan? Apa yg awak buat ni ….?”
Izinkan aku bertanya.. penatkah menjadi baik? Izinkan aku
menjawab.. Ya, sungguh ia memenatkan sekiranya kebaikan kita turut dihina ..
aku juga manusia biasa. Lemah..kebaikan yang kita hulur bukanlah untuk
dipandang, tapi mengapa harus kita yg menadah tangan menyambut hinaan.. bila
kemaafan yg kita hulurkan, melemparkan kunci dendam nun jauh di dasar lautan,
tapi mereka menuduh kita hipokrit.. adilkah untuk hati ini?
Ketika hati kamu hancur terluka, luahkan rasa yang terpendam,
jgn disimpan terlalu lama.. kelak akan membusuk dan bernanah dan kamu juga yang
akan menggung derita tiada kesudahan, kerana dunia ini penjara bagi orang orang yang
beriman.
Tiada siapa inginkan sesuatu yang tak elok terjadi dalam
hidupnya, fikiran yang waras tetap mengimpikan suasana keindahan, tapi kadang kadang situasi trut memaksa kita menjadi seseorang yang di luar kawalan. Adunan perasaan
serta di dorong angan yg tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang
sukar diramal.. Hingga kadang kadang kita sendiri benci melihat bayang bayang sendiri..!
Ingin melangkah tapi terasa bagai kaki di rantai. Ingin
menjadi lebih baik tapi ada saja alasan yg menghalang. Harus bagaimanakah?
Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut, jangan
ditarik simpulan tali terlalu kuat.. kelak simpulan akan semakin sukar utk
dileraikan.. jangan menggenggam rama rama terlalu kemas, kelak rama rama itu turut binasa
dan terkoyak sayapnya.
Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang diciptakan orang paling kita cinta..
Jangan di sia sia kan seumur hidup kita hanya kerna menagisi luka silam.. tidak
adil dan tidak berbaloi utk kamu menghukum hati itu.
Penghujung cerita, aku tetap impikan keindahan. Walau sekadar
dalam mimpi yg singkat aku tetap mahukannya!! Jangan kau iri dgn keingin ku yg
satu kerana aku juga mahukan ia di sisimu ..
Memaafkan adalah
penawar yg terindah ^_^
~SiLaLaH bACa (-_*)~